bahasa Melayu

bahasa Melayu

My Blog List

Tuesday, February 15, 2011

KATA MAJMUK YANG MANTAP

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh dan tidak menerima imbuhan serta diubah, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan tersebut tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan.

sementara itu, hanya terdapat 15 kata majmuk yang dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan yang utuh.  


Bentuk-bentuk kata tersebut ialah :

Kata dasar 1
Kata dasar 2
Kata Majmuk yang Mantap
antara
bangsa
antarabangsa
jawatan
kuasa
jawatankuasa
olah
raga
olahraga
kerja
sama
kerjasama
warga
negara
warganegara
tanda
tangan
tandatangan
tanggung
jawab
tanggungjawab
suka
rela
sukarela
kaki
tangan
kakitangan
setia
usaha
setiausaha
suruhan
jaya
suruhanjaya
beri
tahu
beritahu
mata
hari
matahari
Bumi
putera
bumiputera
pesuruh
jaya
pesuruhjaya

Antara contoh-contoh penggunaan kata majmuk yang salah kerana dieja terpisah : 










No comments:

Post a Comment