bahasa Melayu

bahasa Melayu

My Blog List

Wednesday, February 16, 2011

KATA GANDA

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

Terdapat tiga jenis kata ganda :








Penggandaan kata majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.

Contohnya:

alat-alat tulis
balai-balai raya
suku-suku kata
jirim-jirim organik
Menteri-Menteri Besar
Penolong-Penolong Pendaftar
gambar-gambar rajah
kapal-kapal terbang
garis-garis pusat
model-model linear
Naib-Naib Censelor
ketua-Ketua Menteri




Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.

Contohnya:

anak emas-anak emas
ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku
buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha


No comments:

Post a Comment