Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Terdapat tiga jenis kata ganda :
Penggandaan kata majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar | gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusat model-model linear Naib-Naib Censelor ketua-Ketua Menteri |
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam tambatan kaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hati buah tangan-buah tangan | pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa setiausaha-setiausaha |