bahasa Melayu

bahasa Melayu

My Blog List

Wednesday, February 16, 2011

KATA GANDA

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

Terdapat tiga jenis kata ganda :








Penggandaan kata majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.

Contohnya:

alat-alat tulis
balai-balai raya
suku-suku kata
jirim-jirim organik
Menteri-Menteri Besar
Penolong-Penolong Pendaftar
gambar-gambar rajah
kapal-kapal terbang
garis-garis pusat
model-model linear
Naib-Naib Censelor
ketua-Ketua Menteri




Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.

Contohnya:

anak emas-anak emas
ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku
buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha


Tuesday, February 15, 2011

HUKUM D-M



Hukum D-M digunakan untuk memastikan frasa nama digunakan dengan betul. (D) bermaksud diterangkan ‘benda’ kemudian (M) bermaksud ‘menerangkan’ perihal benda tersebut.

Ringkasnya untuk menyebut frasa nama, kita mestilah menyebut nama benda dahulu, barulah diikuti dengan menerangkan sifatnya.


Contoh :

Unsur Diterangkan
(D)
Unsur Menerangkan
(M)
Keterangan Frasa
pisang
goreng
pisang yang telah digoreng.
sos
tomato
sos yang dibuat daripada tomato.
baju
kuning
baju yang berwarna kuning.
klinik
haiwan
klinik untuk haiwan.
cikgu
bahasa
cikgu yang mengajarkan bahasa.
Restoran
Faezah
Restoran kepunyaan Faezah.
rendang
ayam
Rendang yang dibuat daripada ayam.
kelapa
muda
Buah kelapa yang muda.
orang
tua
Orang yang sudah tua.






Kekeliruan dalam hukum D-M

Kesalahan yang biasa berlaku disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata majmuk bahasa Melayu dengan kata majmuk bahasa Inggeris.

Contoh :

SALAH
BETUL
Lain-lain hal
Hal-hal lain
Lain-lain perkara
Perkara-perkara lain
Petroleum gas
Gas petroleum
Amal Klinik Gigi
Klinik Gigi Amal
Anna Tukang Jahit 
 Tukang Jahit Anna
Warung goreng pisang
Warung pisang goreng
Kain sutera batik
Kain batik sutera



Kekecualian dalam hukum D-M

Kekecualian Hukum DM berlaku apabila penerang mendahului unsur yang diterangkan.

Contoh :


  1. Perdana Menteri
  2. Pembantu penyelidik
  3. Ibu Pejabat
  4. Naib Presiden
  5. Timbalan Pengurus


BENTUK KATA MAJMUK

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Dalam penggunaan ayat, kata majmuk tidak dapat berfungsi sebagai kata kerja.

Namun terdapat juga kata majmuk yang tidak membawa sebarang makna




Contoh :
  • Bagaimana
  • oleh demikian
  • walau bagaimana   

KATA DASAR 1
KATA DASAR 2
KATA MAJMUK
ketua
kelas
ketua kelas
bandar
raya
bandar raya
tengah
hari
tengah hari
tali
leher
tali leher
bom
tangan
bom tangan
kapal
terbang
kapal terbang
air
hujan
air hujan
gambar
rajah
gambar rajah
timbalan
pengarah
timbalan pengarah





KATA MAJMUK YANG MANTAP

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh dan tidak menerima imbuhan serta diubah, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan tersebut tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan.

sementara itu, hanya terdapat 15 kata majmuk yang dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan yang utuh.  


Bentuk-bentuk kata tersebut ialah :

Kata dasar 1
Kata dasar 2
Kata Majmuk yang Mantap
antara
bangsa
antarabangsa
jawatan
kuasa
jawatankuasa
olah
raga
olahraga
kerja
sama
kerjasama
warga
negara
warganegara
tanda
tangan
tandatangan
tanggung
jawab
tanggungjawab
suka
rela
sukarela
kaki
tangan
kakitangan
setia
usaha
setiausaha
suruhan
jaya
suruhanjaya
beri
tahu
beritahu
mata
hari
matahari
Bumi
putera
bumiputera
pesuruh
jaya
pesuruhjaya

Antara contoh-contoh penggunaan kata majmuk yang salah kerana dieja terpisah :